smile always

smile always
it's all about myself, my story and my life..and this blog is mine not yours.. soooo do i care if u don't like it =)

Khamis, 9 Jun 2011

persoalan demi persoalan..

persoalan demi persoalan yg aq kemukakan,
semakin hari diri semakin pening dengan persekitaran,
kenapa jadi begini??, aq sendiri tiada jawapan.

waktu bahagia yang aq rasakan hanya sementara,
kegembiraan yang aq alami tidak pernah kekal lama,
aq kah yang harus dipersalahkan??

airmata sering menjadi temanku,
kemana diriku, disitulah awan mendung pasti berlaku,
aq semakin lemah, lemah meneruskan kehidupan yang hakiki
lemah meneruskan hidup yang aq tak pasti.

aq cuba, cuba menjadi insan yg terbaik
menyayangi semua orang di sekelilingku
membahagiakan mereka yang berada di sampingku,
namun aq tidak tahu mengapa kelukaan juga yang aq temui.

kuatkah aq untuk terus melangkah?
keseorang tanpa arah?
kuatkah aq dalam menempuh segala dugaan?
dimanakah aq kesudahan?

aq sering dihina
sering menjadi bahan untuk dicaci,
dan sering di maki,
namun aq punyai hati...

aq tidak meminta untuk jadi begini,
aq tidak kuat melawan semua ini,
dimana kekuatan aq menempuhi dugaan ini?
dimanakah kebaikan yang aq cari?

Ya Allah, benarkah aq kuat untuk menempuhi dugaan mu ini?
benarkah ada kebaikan disebalik ujian ini,?
berilah aq pertunjuk,
pertunjuk untuk terus berada dijalanmu,
dan pertunjuk untuk aq terus kuat menempuhi dugaanmu..