tapi aku tetap ingin ucapkan kat kau walaupun terawal sehari,
' selaMat menyaMbut Hari uLang tahun'
aq masih teringat detik ini, buat pertama kali,
kita menyambut hari bersejarahmu bersama-sama dengan teman2
itu kenangan yang tidak akan aq lupakan,
maafkan aq,
diamku bukan bererti aq lupa,
sepiku bukan bererti aq tidak ambil peduli,
tetapi luka di hati akan terus berdarah lagi
seandainya kau terus aq hubungi..
biarlah segala kenangan kau dan aq
terus terpahat dalam hati,
aq tidak akan sesekali melupakannya,
kerana kau lelaki yang pernah buat aq bahagia..
terima kasih,
atas segala-galanya,
apalah erti berkawan jika hati terus disakiti
dan apalah erti berteman jika ia tidak direstui..
aq serahkan segalanya kepada 'DIA'
sesungguhnya 'DIA' yang lebih mengetahui
hanya doa yang aq mampu titipkan buatmu kali ini,
semoga dirimu bahagia bersama org yang menyayangimu..
aq rindu saat2 bersama kau n teman2 dulu..
aq rindu gurauan kau terhadap aq,
aq rindu perhatian kau buat aq..
tp aq terpaksa lepaskan ia pergi..