smile always

smile always
it's all about myself, my story and my life..and this blog is mine not yours.. soooo do i care if u don't like it =)

Isnin, 17 Disember 2012

Hari tu bercuti laei =>

Assalamualaikum

Sihat ke?. Hari nie aq x tau nak wat apa.. Jdi aq rasa aq nak bercerrita sikit pengalaman pertama aq bercuti di cameron highlands.. Ishh2.. Kesiankan dekat aq  umo 21 tahun baru aq berpeluang nak jenguk tempat yang beriklim sejuk ni kan...hehehhe.. Tapi aq bersyukur, sekurang2nya aq dapat jugak jejak kaki ke cameron higlands tu walaupun pd mulanya aq agak kejakunan sikit di situ..hahahha.. 

Aq pergi sana dengan family aq. Seronoknya, Allah sahaja yang tahu, xcitednya mmg x terkata lah.. Lagi2 dpt spend time dgn whole family aq . Bukan senang untuk berkumpul sama2 sambil menikmati pemandangan yang indah.. Kebiasaannya, if family aq rancang nak pergi mana-mana, mesti ayah  aq x berapa nak setuju.. Actually ayah  aq x suka poie jalan-jalan.. Tp bila anak-anak dah besar, barulah kitaorg sendiri yg rancang nak pergi mana-mana..

Saat yg paling mengembirakan bila ayah  aq setuju tok sertai kami bercuti.. Mmg lengkap segala2nya.. Dan lagi x boleh nak dilupakan bila dia pulak announce nak pergi bercuti lagi.. Yippppyyy seronoknya..hehe.. Ok lah  aq x nak celoteh pnjg2 kat sini.. Enjoy lah gambar-gambar yg  aq sempat upload..hehehe..

girls of ABZA

Sungah n I

the Heroes of this family

part of my fmily =) @ ldg teh

my lil bro n sister

another one my lil sister

sungah's family, insyaALLAH next year will be grow

cutie n me hihi

hihhih


my lovely mom n me =)

errmm nyummmyy

da best dessert ever

strawberry's girl

my ucuk acam n me on our way back home

sompat agi..

that's All for this time.. the best holiday ever ^_^ in my lifeeeee ..


MERDEKA!!!

Assalammualaikum..

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!! hehe Alhamdulillah, bersyukur sangat kehadrat Illahi, finally aq sudah berjaya menghabiskan Diploma aq, RESULT?? hehe Alhamdulillah, aq lulus semua dan yang pentingg result aq meningkat sikit dari sem lepas.. Alhamdulillah.. Syukur3.. hehe..

Ini semua diatas semangat dan dorongan family aq serta sahabat aq.. huuhuu.. thankss.. tanpa mereka siapalah aq di sini.. hehe.. ayat sedih plak.. Seronoknya bila dah bergelar seorang siswazah nie (wlaupun diploma je) baru aq dapat rasa bila kakak2 n abg aq di gelar siswa dan siswazah..hehe

Tapi perjalanan aq bukanlah tamat di sini sahaja.. aq nak sambung belajar lagi, sebab aq rasa belajar lagi seronok dari kerja..hehehe.. cita2 aq nak jadi tenaga pengajar, aq nak kongsi Ilmu ALLAH ni pada generasi muda yg akan dtg.. hope ALLAH bless me ^_^.

Tak sabarnya nak tunggu graduation day.. tp ayah aq cakap dia x nak dtg time uh..sedihnya3.. kalau lah dia x dtg.. penat jelah aq belajar, sbb salah satu niat aq belajar nak buat dia happy n bangga dgn aq.. tp aq pasti, kalau x da aral melintang dia pasti dtg.. (aq kan ank manja ucuk2 mcm dia) hehehhe.. Soooo tunggu jelah hari gradute tuhhh.. xcitednyerrrrrr lagi bertambah excited, bila abg aq pun grade sama tempat dgn aq, cuma hari je lain2..hehehe =)


waiting 4 graduation day =)




Ahad, 25 November 2012

finally, everything is done!!

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur aq kehadrat ILLAHI dgn izin dari NYA,
aq berjaya menamatkan final exam aq pada hari ini.. dengan tamatnya kertas Teori struktur hari ini, maka satu kaki aq sudah berada di tangga kejayaan untuk mencapai puncak DIPLOMA dan sebelah lagi kaki aq??.. ia masih terikat di dalam politeknik shah alam laaa..hehehe.. selagi aq x tau keputusan aq, selagi tu, aq x dpt nak melaungkan perkataan MERDEKA!!!!!!

Sedar tak sedar, 3 tahun aq di sana, suka duka aq disana, gelak tawa dan airmata mengiringi setiap langkah aq untuk bergelar siswazah.. dugaan datang menimpa-nimpa lagi-lagi di saat akhir semesta aq.. hanya ALLAH saja yg tau perasaan aq apabila dipulaukan oleh org sekeliling, dipandang dengan perasaan benci dan marah tanpa aq tahu apa puncanya.. dihadiahi dengan senyuman sinis oleh mereka yang mendengar cerita dari sebelah pihak, dan sakitnya perasaan ini, bila dikelilingi oleh mereka yang bermuka-muka, di hadapan menegur sapa tetapi di belakang bukan main mengata.. Ya ALLAH, besarnya ujianmu.. mujur aq mendapat sokongan moral dari family aq dan mereka yang masih menganggap aq sahabat dan rakan..

Tapi kini, aq hanya mampu menarik nafas lega bila semuanya sudah berakhir.. aq berharap agar mereka semua hidup dalam kebahagiaan dan kegembiraan walaupun mereka berada diatas tangisan org lain.. biarlah peristiwa ini menjadi pengajaran buat aq dan org yang mengenali aq.. jgn mudah percaya pada org walau serapat mana pun dia dgn kita, jgn melebih-lebih dlm memberi kasih syg dan kepercayaan kepda seseorg kerana di akhirnya kita sendiri yang akan terluka. tiada janji manusia yang boleh ditepati kecuali Janji ALLAH buat hamba-hambanya.. 

huhuhu.. tadi airmata aq mengiringi langkah 2 org rakan aq.. aq x percaya disaat akhir, mereka yang berada disisi aq, walaupun mereka bukan diantara orang yang aq sangkakan.. tapi, kehadiran mereka disisi aq, teramat bermakna walaupun mereka turut terkena tempias bahang amarah org buat aq.. semoga ALLAH melindungi mereka  dan merahmati mereka, kerana mereka insan yang berhati mulia.. terima kasih SITI FATIHA dan KARTINI.. dua nama yang tidak akan pernah aq lupakan.. 

disaat ini aq teramat rindukan seorang Sahabat aq, RASYIDAH SALLEH, dia sentiasa berada di belakang aq, walaupun dia jauh dari pandangan aq.. semoga ALLAH turut melindungi dia, membahagiakan dia walaupun kini aq akan makin jauh dari sisi dia.. dan aq berharap hubungan aq dengan dia hanya mampu dipisahkan oleh takdir ALLAH dan bukan dari mulut orang serta jarak yang memisahkan kami..aminn.. thanks Rasyidah, ko juga merupakan sumber inspirasi aq, kekuatan, keikhlasan dan ketabahan hati kau buat aq kagum.. =)  

x lupa buat sahabat lama aq NURUL AIN, dia juga hadir semula disaat aq kesepian dan memerlukan sokongan seorg teman.. aq harap hubungan aq dan dia akan kembali mekar mewangi seperti dahulu kala.. Rindu pada saat aq dengan dia sewaktu di sekolah dulu.. benar juga kata dia, kenangan yang lepas tidak akan dapat kita ulangi tetapi kita boleh mencipta kenangan yang baru.. zue syg ain sgt2.. nak hug ain.. huhuhu 

oklahh..dah panjang dan makin melalut-lalut dah nie.. hope lpas nie aq dan rakan-rakan DKA6A dapat keputusan yang cemerlangg.. tak sabarr nak grad.. jumpa korg di hari graduation day (wlaupun aq adlah org terakhir atau x tersenarai dlm rakan2 yg korg nak jumpa) huhu..

WASSALAM =)





Ahad, 18 November 2012

sempat lagi tuhh..

Assalammualaikum


haii korg sihat ke?? huhuhu.. hope korg sihat sejahtera hendaknya x macam aq, demam
+selsema+ batuk, pakejj.. haiiii dah lah exam nk mula dah lusa.. huhuhu zurain hawanis, x bek merungut, ingat sakit itu ujian..hehehe


mak aq mesti bengang if dia dpt tau yg aq sempat lg nak update blog nie walaupun exam dah nak start.. huhu.. sorry umi.. wa janji sekejapp aje.. wa cuma nak kongsi doa2 yang penting untuk rakan2 wa yg bergelar seorg pelajar.. mmg dah lumrah kan, setiap ilmu yg dipelajari pasti akan ada ujian buatnya.. jadi senjata kita sebagai seorg mukmin ialah berdoa disamping usaha dan tawakal =)



Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"


Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)


Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)


Doa memohon kejayaan cemerlang - 

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



ok lah, sampai di sini sahaja, aq kan dah janji ngan mak aq..heheh.. doakan juga kejayaan aq dan rakan2 aq untuk jwb exam nie.. semoga kita mendapat berkat dari ALLAH dan segala urusan kita di permudahkan NYA.. aminnnn.. 

P/S aq nak mohon maaf pada siapa yang rasa aq ada wat salah kat korg tanpa aq sedar.. =) semoga kita mendapat keampunan dari DIA juga..




Selasa, 9 Oktober 2012

FINAL welcome back!!

Assalammualaikum..

wahhhh lama dah x update blog nie.. huhuhu.. x da masa lah nk update ditambahkan dengan bermacam-macam yang berlaku.. asam garam dalam kehidupan biarlah ia menjadi lipatan dalam sejarah hidup aq untuk mendapatkan ilmu..

segala yang berlaku biarlah aq anggap ia sebagai dugaan aq untuk menamatkan zaman diploma aq nie.. rilekss lah.. x kan lah pasal dugaan nie, aq nak downn kann??.. tp aq bersyukur family aq x putus2 bg kata semangat kat aq.. nak kata x sedihh, tipulahh.. 3 tahunnn kottt.. tp 3 tahun belum cukup untuk kita buat penilaian atau kenal pada sesiapa.. kecewa!! itu yg boleh aq katakan saat dan tika ini.. x pelahh.. Allah maha mengetahui mana yg terbaik untuk aq =)

oppppsss bkn pasal bnda ni yg aq nak cerita disini.. tapii aq nak bagitauu bahang final sudah mengetuk tangkai hati student2 politeknik.. huhuhu tinggal 3 minggu jee lagi tuk tamat zaman kelas nie..huarrrggghhh aq pulak dah final semesta.. mampukah aq bagi yang terbaik tuk parents aq.. RISAU3!!!! paper yg bakal aq duduki nanti..
  1. hidrologi
  2. teori struktur 2
  3. kejuruteraan tapak
  4. kejuruteran bekalan air dan air sisa
  5. highway maintenance
  6. pengurusan tapak                           
InsyaAllah bolehh..kita kena yakin..chayokk3!!!.. semoga aq dan rakan2 dapat menduduki final dengan jaya nya.. Aminnnn.
k lah aq nak choww dulu ada 2 assignment nak kena submit minggu ni..huhuhu

Wassalam..


Khamis, 16 Ogos 2012

Rayer3!!!!

Assalammualaikum~

Syukur Alhamdulillah aq hampir berjaya menempuhi bulan ramadhan yang mulia ini bersama2 saudara2 islamku.. dan kini berbaki 2 hari lagi syawal bakal menjelang..huhusayu je rasa bila memikirkan ramadhan bakal meninggalkan kita.. yg penting berat aq turun 10 kilo..yipppyyyy..

hurmm esok lepas sahur aq akan berangkat pulang ke kampung aq di ganu..hoho i loike..hehhe

so dikesempatan ini aq nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, mintak maaf sekiranya ada yg terasa dan kdg2 aq terngata kann??..hehhehe..

pesanan ikhlas!!!


  • kalau ada duit raya lebih, hulur2kanlah (gurau jek)..hehhe
  • kalau makan kuih raya, ingat2kanlah aq kat sini..huhu
  • kalau bawak kereta, kurangkanlah kelajuan yg biasa.. sygilah nyawa..
  • kalau main mercun berhati-hatilahh yerrr..hehhe
itu saja entry aq kali ni.. selamat pulang berhari raya =)

Isnin, 9 Julai 2012

masak again n again

salam =)

 Malam nie aq x leh nak lelapkan mata awal lah..banyak yg aq pikir.. so dari aq termenung x wat pape, meh sinin aq nak kongsi satu Cerita!! hahaha.. aq dah belajar cara-cara nak wat laksam dari mak aq.. x tau lah tiba-tiba seronok pulak bila kita memasak nie.. lagi2 kita masak untuk diberi santapan buat org ramai..seronok3 tau.. (sebenarnya saka rajin aq datang) hahahha..x dalah gurau jek..

kita selalu je mkn laksam kan, tp kita mesti x tau cara membuatnya.. samalah dgn aq tau makan aja..hehehe so smlm baru aq tau cara nak wat laksam..senanggg jekk lahh.. cer try tgk gambo dulu..hehe



nie adalah adunan dia

nie bila kita dah siap kukus

sejukkan dulu sebelum kita gulung dia

ni yg dah siap

tipss.. jgn sentuh guna tangan

letak ulam dan kuah..hurmm nyummy

sedia untuk dimakan.. hehe

ok sampai sini cerita merapu aq.. hehehe aq ngah tunggu membe aq balas msg..topik bley tahan mencabar dia..hehehehe.. wassalam =D

Ahad, 8 Julai 2012

belajar Masak

Salam =)

kali ni aq nak kongsi aktiviti yg aq lakukan minggu ni. korang tau apa itu PAVLOVA?? 
haaaaaa mulanya aq hnya dgr dri rakan2 aq yg dia mcm manisan atau lebih sedap didengar pemanis mulut dari Australia (kalau x salah aqlah), sehinggalah angah aq tnya aq, wa nak wat pavlova x??  NAAAAKKKKK..dgn xcited aq jwb nak.. x sangka aq berpeluang mempelajari cara nak wat Pavlova nie. Alhamdulillah projek aq dan kakak aq berjaya dilaksanakan dan yg penting sedap3..hehehe lg x ley bla dah dpt tempahan untk kenduri tahlil and doa selamat.. x nk ckp bnyak enjoy da moment =D
pukul putih telur sehingga kembang


masukkan gula sedikit demi sedikit

masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukulkan hingga rata

masukkan cuka  dan pukul

pastikan adunan td padat dan tidak cair

buat adunan biasanya bulat

ready untuk dibakar

zoom inn =)


sediakan buah2an untuk topping

untuk topping

whipping cream nak manis tambah gula sikit

buah yg siap dipotong

taraa..dah siap.. senang je kan <3

akan diperbaiki cara topping nty.. kan dah cakap x kreatiff..hahha

p/s : memasak ni seronok walaupun penat tp bila tgk org makan sampai licin rasa macam berbaloi2~ hehehe

Isnin, 18 Jun 2012

it's a holidayyy time :)

salam =)
 
kali ni aq bercuti di gua musang, kelantan.. aq ikut kawan aq a.k.a bakal kakak ipaq aq balik rumah dia. niat hati nak kenal-kenal kampung dia b4 family aq anta rombongan meminang insyaAllah hari raya ke-3 ni.. huhu.. best sangat dapat rasa suasana kampung yang jauh dari debu2 kota nie.. walaupun aq dah ada kampung aq sendiri tp aq tetap nak rasa suasana di kampung org lain. lain tempat lain pengalaman dia.. betol x??

seronok tau sebenarnya tinggal kat kampung nie.. pagi2 dpt hirup udara segar, lpas tu apa yg kita nak semua kita ley dpt belakang rumah jek (berkebun).. rupa2nya banyak lagi pokok2 yang aq x tau aq dah jumpa..lpas ni bila ada yg tanya aq, aq dah tau lahhh..hehe.. oklah.. x nak cite pnjg2..enjoy da moment =)

asam keping yang di jemur..

kita selalu guna benda ni dalam masakan, tapi kita tahu x asal dia macam mana?

kolam ikan talapia merah, x nampak la pulak ikan tu..hehe tapi bila bagi makan , timbul lah

burungg apa ntah nama dia..jinak x??  (padahal dah ditambat di kaki)

pokok kacang panjang..nak makan petikk jek.. senang kann??

zoom innnn!! kacang panjang


besar kan ikan nie?? ikan nie nama dia ikan klah merah..tapi warna dia seakan warna putih..hahaha

adik2 yang suka bergambar..

peaceee =)

mereka sgt suka bermain.. tiada kenal erti  masalahh..seronoknya =)

buaian gantung..tayar yang diikat dan dijadikan buaian..

x tau lah kukuh ke tak..nak cuba tapi takot tergolek!!hahahha

penternak yang berjaya! aidil yg kecoh mulutnya =)

cuba untuk menjinakkan lembu supaya dapat naik atas lembu.. tapi usaha yg sia2..hahahha

memberi lembu makan..

quek..quekk.. itik yang suka menyudu ..heheh sedap kalau sembelih nie..

nie nama dia ayam janda. sebab dia single..hahahha

bagai itik pulang petang, banyakk kottt..heheh

part paling best..titian yang mengerunkan..hahaha

tumpang lalu...pak itam yg cuba nak tangkap ikan dalam parit tue..

tuan rumah a.k.a ayah dan balqis =)

cuba teka pokok apakah itu???

nilah pokok buah salak..

ni pulak buah katak puru atau org KL panggil buah namnam..nyum2

kenapa buah ni org kelate pnggil buah katak puru?? mungkin sebab buah ni kulit dia menggerutu macam katak puru kot..hahah..penah makan??? rasa dia masam manis.. first time rasa niehh sedappp~

sempat lagi Balqis posing sambil gosok kepala lembu..hahahha

buah salak..belom masak lagi tu..heheh

Balqiss yg sangat penyayang akan kucing2nya..

muuuuuu....lembu pun nak posinnnggg!!hahahha

inilah buah gelugur kalau nak kenall...hehehe tau x buah gelugur tu apa?? buah asam keping laaahhh..hehe first time tengok, aq seperti kejakunannn..hahhaha

gua musanggg.. gua ni dari jauh nampak macam bentuk hatii.. kuasa Allah

myyy bubuuuuucukkk..sedap landingg =)

buah gelugurrr..hahha..macam buah manggis kan??

slurpeee gua musanggg..satu singgitttt...hehehe

my bubucukk n me.. nakk jugakkk tuue..heheh

bubu ku yang makin cehat n temok2..

lastly yg best holiday nie..aq dapat makan etok..x  tau nama spesific dia apa, tapi  rasa dia sangat sedap..heheheh  aq diketawakan kerana tidak pandai untuk memakannya..hahahha



soooo cukupp lahh sampai sini kisah holiday aq untukk sem ini.. hope lpas nie dapat aq holiday ke kampung-kampung yang lain.. seronok3..hehe

wassalam =)