Assalammualaikum..
Alhamdulillah, bersyukur aq kehadrat ILLAHI dgn izin dari NYA,
aq berjaya menamatkan final exam aq pada hari ini.. dengan tamatnya kertas Teori struktur hari ini, maka satu kaki aq sudah berada di tangga kejayaan untuk mencapai puncak DIPLOMA dan sebelah lagi kaki aq??.. ia masih terikat di dalam politeknik shah alam laaa..hehehe.. selagi aq x tau keputusan aq, selagi tu, aq x dpt nak melaungkan perkataan MERDEKA!!!!!!
Sedar tak sedar, 3 tahun aq di sana, suka duka aq disana, gelak tawa dan airmata mengiringi setiap langkah aq untuk bergelar siswazah.. dugaan datang menimpa-nimpa lagi-lagi di saat akhir semesta aq.. hanya ALLAH saja yg tau perasaan aq apabila dipulaukan oleh org sekeliling, dipandang dengan perasaan benci dan marah tanpa aq tahu apa puncanya.. dihadiahi dengan senyuman sinis oleh mereka yang mendengar cerita dari sebelah pihak, dan sakitnya perasaan ini, bila dikelilingi oleh mereka yang bermuka-muka, di hadapan menegur sapa tetapi di belakang bukan main mengata.. Ya ALLAH, besarnya ujianmu.. mujur aq mendapat sokongan moral dari family aq dan mereka yang masih menganggap aq sahabat dan rakan..
Tapi kini, aq hanya mampu menarik nafas lega bila semuanya sudah berakhir.. aq berharap agar mereka semua hidup dalam kebahagiaan dan kegembiraan walaupun mereka berada diatas tangisan org lain.. biarlah peristiwa ini menjadi pengajaran buat aq dan org yang mengenali aq.. jgn mudah percaya pada org walau serapat mana pun dia dgn kita, jgn melebih-lebih dlm memberi kasih syg dan kepercayaan kepda seseorg kerana di akhirnya kita sendiri yang akan terluka. tiada janji manusia yang boleh ditepati kecuali Janji ALLAH buat hamba-hambanya..
huhuhu.. tadi airmata aq mengiringi langkah 2 org rakan aq.. aq x percaya disaat akhir, mereka yang berada disisi aq, walaupun mereka bukan diantara orang yang aq sangkakan.. tapi, kehadiran mereka disisi aq, teramat bermakna walaupun mereka turut terkena tempias bahang amarah org buat aq.. semoga ALLAH melindungi mereka dan merahmati mereka, kerana mereka insan yang berhati mulia.. terima kasih SITI FATIHA dan KARTINI.. dua nama yang tidak akan pernah aq lupakan..
disaat ini aq teramat rindukan seorang Sahabat aq, RASYIDAH SALLEH, dia sentiasa berada di belakang aq, walaupun dia jauh dari pandangan aq.. semoga ALLAH turut melindungi dia, membahagiakan dia walaupun kini aq akan makin jauh dari sisi dia.. dan aq berharap hubungan aq dengan dia hanya mampu dipisahkan oleh takdir ALLAH dan bukan dari mulut orang serta jarak yang memisahkan kami..aminn.. thanks Rasyidah, ko juga merupakan sumber inspirasi aq, kekuatan, keikhlasan dan ketabahan hati kau buat aq kagum.. =)
x lupa buat sahabat lama aq NURUL AIN, dia juga hadir semula disaat aq kesepian dan memerlukan sokongan seorg teman.. aq harap hubungan aq dan dia akan kembali mekar mewangi seperti dahulu kala.. Rindu pada saat aq dengan dia sewaktu di sekolah dulu.. benar juga kata dia, kenangan yang lepas tidak akan dapat kita ulangi tetapi kita boleh mencipta kenangan yang baru.. zue syg ain sgt2.. nak hug ain.. huhuhu
oklahh..dah panjang dan makin melalut-lalut dah nie.. hope lpas nie aq dan rakan-rakan DKA6A dapat keputusan yang cemerlangg.. tak sabarr nak grad.. jumpa korg di hari graduation day (wlaupun aq adlah org terakhir atau x tersenarai dlm rakan2 yg korg nak jumpa) huhu..
WASSALAM =)




