hai uolss sihat ke?? if sihat Alhamdulillah.. Agak sebulan jugak lah aq x bercoretan kat blog nie.. tengokk tu, dah berhabuk dah.. uhuk uhukk.. hehe jap2..
![]() |
| sapu2 dulu..hahaha.. mengarut je =P |
Hari ini aq nak kongsi satu cerita, pasal aq ada kenal dengan seorang mamat ni dekat satu laman sosial yang agak popular jugak lah.. Tp terlebih dahulu aq nak mintak maaf if ada yang terasa, aq cerita ni bukanlah nak mengaibkan orang tapi biarlah aq cerita ni sebagai tauladan dan pengajaran buat aq n readers semua (mcm lah ada kan..hehe).. Tak ada niat pun untuk aq nak tunjuk baik or alim cuma aq tekankan kat sini niat aq cerita ni untuk mengingatkan kita antara satu sama lain.
Pengenalan aq dengan dia pada mulanya ok je, nama dia biarlah aq rahsiakan, umur dia 30 tahun.. Dia ni jenis yang suka cakap terus terang ala-ala gentleman gitu..hehe..Aq pula bila mula nak berkawan ni susah sikit nak bersoal jawab kecuali dia yang tanya dulu, tgk dari luaran nampak baik. One day tu dia ada chat ngan aq, biar aq tulis dalam bentuk dialog supaya senang sikit korang nak gambarkan situasi dia macam mana.. cewaaahhh.. hehe
Dia : wat apa tu?
Aq : tak wat apa2 pun.. lepak2 sambil bual dgn adik2
Dia : tak kuar ke ari ni?
Aq : tak, banyak kerja nak buat kat rumah ni..hehe
Dia : kalau kerja kat rumah tu boleh bagi awak 5 ribu tak pelah jugak.
Aishh aq dah mula pelik, apa salah ke aq nak duduk rumah, sambil tolong mak aq kat rumah, tak kan lah tolong mak pun nak kena dapat upah jugak tol x?.. k2 sambung2 cite..
Aq : duit mmg x dapat lah, tp pahala tu insyaAllah dapat lah..
Dia : sekarang ni mana nak dapat duit 10 ribu.. saya respect awk if awk kerja and dapat cari duit 2 ribu jek, saya yang keje tiga tahun ni baru dapat pegang gaji 10 ribu sebulan. itu pun x cukup.
Aq : wow.. awk keje apa? giler lah boleh dapat 10 ribu sebulan.. (cam excited aq nak tau)
Dia : apa awk ingat saya ni kerja cleaner ke?
Aq : Eh.. sy x cakap pun awk keje cleaner, sy just tanya je.. (terpinga-pinga aq)
Dia : boleh nak tanya tp jgn sampai nak menghina, bagitahu saya.. mak ayah awk keje apa, sapa gaji paling tinggi dalam family awk? saya boleh bayar..
Aq : eh x dalah, sy x menghina pun, sy cuma nak tahu je, (ikutkan ati nak je menyumpah seranah kat dia.. astagfirullahhalazim..)
Dia : sy ada master dalam (apa ntah aq pun x tau tp dalam bidang medik lah) now sy keje dkt I*N sy duk dlm bilik bedah (serius aq betul2 lupa pasal keje dia, tp mcm pakar lah..)
Aq : oOo (dah mula malas nak amik tau..)
Dia : sy nak keje kat arab saudi dapat dalam 30k sebulan.. awk belajar amik apa? awak buatlah medik, sy just respect org yg belajar amik medik jek..
Aq : sy tak lah sepandai awk, sy amik kejuruteraan awam je.. (merendah diri)
Dia : kenapa awk x amik medik? tp if awk nak kerja sy boleh bagi awk kerja kat arab saudi, engineer.. kat dalam Malaysia pun ada if awk nak (dia senaraikan nama beberapa syarikat besar kat dlam Malaysia ni dalam bidang engineer)
Aq : huhu tak pelah, niat saya nak sambung belajar sampai master or insyaAllah Phd, lpas tu sy nak jd pensyarah. lagipun sy perempuan kudrat tak banyak, yg penting banyak masa sy boleh luang tuk family sy nanti,
Dia : Awk ni kuat berangan (ok..aq gak yg kena balik) mcm nilah melayu..berangan kuat.. sy dah pernah dah jd pensyarah.. x seronok langsung.. gaji pun siput..
Aq : saya x kisah sangat pasal gaji, bagi sy sederhana pun ok.
Dia : awk x kenal lagi dunia, boleh lah awak ckp mcm tu, sy dah ada pengalaman sy tahu lah.. if awk dah kerja nanti baru awk boleh cite kat sy..
Aq : hahh? (makin buat aq terpinga-pinga.. aq just luahkan apa yg aq rasa..)
Dia : ayat politik eh sy? tak pelah nanti awk tanya lah mak ayah awk.. ke sy yg guna ayat tinggi sangat..
Aq : hurmm maaflah if sy lambat faham, x matang lg kot..hihi
Dia : sorry sikit perempuan matang umo 13 tahun k, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki.. x belajar sains ke?? ni basic pmr ok awk (aq kena lagii..lupa dia kan amik medik) ke awak ada contoh kenapa awk cakap perempuan tak matang??
Aq : hurmm tak semua perempuan mampu berfikiran matang, if perempuan ni matang, tak akan ada kes terlanjur, buang anak semua nie. nnn banyak lagi. mesti dorg boleh berfikir mana baik mana buruk.. bukan hanya berfikir untuk nafsu semata2.. (kat sini aq rasa salah aq kot, hurmm ntahlah..)
Dia : awk nie..hehehe.. perempuan jenis awk nilah yang alim tp buat benda yg awk ckp tu.. awk tak kenal dunia lagi boleh lah cakap macam tu.. cuba awk kenal dunia..
Aq : hah iya ke?? apa maksud awk kenal dunia? (aq nak tau lah org bijak macam dia ada master gaji 10 riban kenal dunia mcm mana)
Dia : awk nak ajar sy eh? meh sy tanya apa levels awk? berapa gaji awk? apa kuasa awk? meh sy jumpa mak ayah awk, senang sy nak ajar sikt..
Aq : hah bila sy nak ajar awk? sy just nak tau je maksud awk kenal dunia mcm ne? nak jugak sy ikut
Dia : cara dia bersosial lah.. tp awk duduk ngan mak ayah awk, berani ke nak sosial?
Aq : sosial awak mcm mana pulak?
Dia : kan sy dah bagitau awk td.. umo awk berapa ek td?
Aq : 22 tahun..
Dia : ohh masih budak lagi.. tak kenal lagi apa itu dunia..tak pe tak pe
Aq : lahh sy betul2 tak tau apa maksud awk dgn sosial awk tu bleh kenal dunia (ok aq tak kenal lagi dunia kan??.. nak tau jugak sosial macam mana leh kenal dunia )
Dia : apalah awk ni, sosial mcm pg pub n minum arak lah..
Aq : ooo kalau cam tu sosial awk, leh la sy cuba (rasa nak pitam je saat tu, mengucap panjang aq)
Dia : serius ke ni?
Aq : seriuslah takkan nak main plak (nak menguji)
Dia : serius? awk nak buat seks?
Aq : hah? (apa seks2 plak ni)
Dia : betul awk nak buat ni?
Aq : gila lah if sy buat, awk.. sy masih tau hukum hakam.. dunia yg awk maksudkan terlampau menakutkan sy..kalau mcm tulah dunia yg awk gambarkan sy rela jd katak bawah tempurung.. if satu hari sy termasuk juga dlm dunia awk tu, itu bermakna sy berfikir diluar kewarasan akal dan iman sy .. dan saat tu sy terlalu jauh dari Dia.. (menggigil tangan n badan aq, saat aq tulis kat dia cam ni.. menggigil bukan sebab takut tapi geram dan marah yg membuak2.)
Dia : saya suka kaji awk.. org macam awk ni jenis yg culture shock.. orang macam awk nilah yg tudung labuh,alim macam awk yg ramai kat pub minum arak, terlanjur dan buang anak.. semua macam awk
Aq : iya ke awk?? biarlah awk,
Dia : mana boleh..yg biar tulah yg jd makin teruk tu awk..
Aq : hehe.. bis nak wat mcm ne?? ikut cara awk kenal dunia?
Lpas aq cakap mcm tu, terus dia tak balas. mungkin dia malas nak layan otak aq yg bagi dia kebudak2kan.. tp aq stay blas ckp kat dia yg aq mintak maaf if ada terguris ati dia or dia rasa aq nak mengajar dia sebab aq n mak ayah aq bukan setaraf mcm dia.. aq tak nak nty di padang masyar aq kena bersusah payah cari dia semata-mata nak mintak maaf. Hope satu hari nanti dia sedar n kembali pada jalan ALLAH. Yang aq tahu arak itu tetap haram hukumnya walau dunia kita moden macam mana pun..
semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada hamba-hambanya.. dan melindungi hati aq, kedua ibubapa ku, adik beradikku, keluarga, guru2ku serta sahabat2 ku dari terpesong dan jauh dari jalan serta rahmat NYA.. Aminnnn...
![]() |
| makbulkan doaku ya ALLAH.. |

.jpg)